Warta Negara

Warta Negara (1945-1969) merupakan akhbar harian bertulisan Jawi di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Akhbar ini diterbitkan di Pulau Pinang pada 3 September 1945 oleh A. Jelani dan dicetak oleh Warta Negara Press, Pulau Pinang[1]. Akhbar ini pada mulanya dicetak empat muka surat, namun pernah dicetak dua muka surat dan enam muka surat. Sebagai akhbar yang umum, Warta Negara menyiarkan ruangan teteap seperti berita umum, rencana pengarang, rencana umum fikiran pembaca dan iklan-iklan[2].